Followers

Monday, February 5, 2018

Mini Project 2.0

17th January 2018


DAY 2 (MINI PROJECT)


           Hari ini adalah hari terakhir kumpulan kami membuat jualan untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk Mega Projek group 56 di Kpg Jijan. Semalam adalah hari yang memenatkan bagi kami kerana telah bertungkus lumus untuk menghabiskan jualan kami. Hari ini kami akan cuba untuk menaikkan jumlah jualan kami berbanding semalam. Oleh sebab semalam kedudukkan gerai kami agak terlindung hari ini kami akan betulkan kedudukkan tempat jadi ianya adil bagi semua group yang berjual. Gerai kami berada dihadapan sekali jadi ianya bukan lagi halangan untuk kami menaikkan hasil jualan kami. Kami menambahkan lagi jualan kami dan jika juga merancang jika jualan kami tidak habis di jual kami akan cuba menjual di setiap rumah pelajar di hostel. Dan Alhamdulillah para pelajar di KPJUC sangatlah memberikan sokongan kepada kami dan jualan kami habis dijual pada hari tersebut. Makanan yang paling menarik minat para pelajar ialah Ramen Samyang yang kami jual serta Cocktail. Kami berharap agar hasil jualan kami pada hari ini mampu membantu Mega Project kami yang akan berlangsung pada 4 Febuari 2018 nanti di Kampung Jijan. 

#FundraisingEvent
#CommunityService











No comments:

Post a Comment